assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Tuesday, December 28, 2010

petua nenek moyang kita

kali ni punya entry  nak cita pasal petua...perasan x.. nenek2 kita, mak2 kita senang crita org tua la.. ssh sgt nak dapat pnyakit dan sentiasa nampak muda.. hahah... pakai susuk kah mereka??? ohhhh tidah.. jauh sama sekali nak buat bnda2 yg dilarang Allah mcm 2 kan... nak taw x apa depa suma wat untuk nampak muda... auuuuu.,... so sweeet... walopon umor dah hampir setengah abad tp still bertenaga... waaa... apakah rahsianya???

jom kita mencari jawapan kepada yang tak pasti.. aisehh!!!!



ni petua nak kurus tanpa makan pil2 pelangsing.. or jamu2 yg blm tentu kita taw hasilnya kan...



1. JANGAN BERLAPAR 
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan.Inimenyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, padakebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi 





2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit 
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan 
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 




3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma 
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 





4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. so, say NO for minuman yg bergas..




5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam 
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 




6. AMBIL SARAPAN PAGI 
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, 
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka 
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di 
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 




7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.baru la dapat nikmat makan.. 




8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL 
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. mcm sunnah nabi kita.. kalau boleh kunyah la 44kali.. kompom jadi kecik makanan 2.. 




ni la antara 8 petua yang mak2 kita amalkan.. jom pasni kita lak try.. mana la tw kot2 leh dapat berat badan yang ideal.. kompom meletopp!!!! hahaha...

ni aku tunjuk cara nak kira BMI (body mass index)
-
-
BMI = Weight (kg) / [Height (m) x Height (m)]


 ok.. selamat mencoba... :))




p/s: aku pnya bmi pon underweight..
 cmana nak tmbah berat badan eh.. 
nak dapat normal BMI..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...