assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Thursday, May 05, 2011

kenapa aku buat blog ni???

as salam..
korang sihat?? dah makan?? dah mandi?? dah solat?? dah kena pelempang?? oppsss~ aku baru je pas mkn ni... td kuar g beli barang.. pas 2 otw balik singgah makan.. mkn char koew teaw plus teh o ais limau... phewww... sedap ooo....
aku ni dah lari tajuk ni..actually aku nak cita sal blog ni.. kenapa aku wat blog ni eh?? kenapa aku berblog?? 


i love blogging... u alll???


Kenapa aku berblog? aku memang suka mengenang balik masa lampau. sebabnya banyak perkara lucu yang aku sendiri tak sedari bila bnda ni berlaku. so bila aku baca balik entry-entry terdahulu, confirm akan tersengih sorang2.. sengih tu kan satu sedekah, dan sengih juga merupakan salah satu cara untuk mengekalkan awet muda.. tak caya korang sengihla seharian.. agak-agak pipi korang nanti cramp tak? bila cramp tu maknanya otot-otot pipi korang berfungsi secara normal dan korang memang selayaknya digelar orang yang pemurah dengan senyuman haha.. senyumm.. xperlu kata apa-apa.. senyum~


pas 2 sebab yang ke 2, kenapa aku berblog is kalau ada sesuatu perkara yang aku nak kongsikan bersama dengan korang semua, blog ni lah jadi orang tengahnya. macam-macam aku boleh kongsi.. berita, cerita, pengumuman, nasihat, pengajaran, gambar, etc.. takde limit pun.. tapi janganlah over the limit. blog ni bukan tempat untuk mengaibkan orang, bukan tempat untuk menjatuhkan orang, dan bukan tempat untuk menghasut orang melakukan kejahatan.. biar kena dengan cara, barulah blog namanya...so, kalau ada terbaca entry yang rasa2 korang mulut aku ni jahat aku mintak maap yer. aku bukan nak sakitkan hati sesaper.. aku just tulis apa yang hati aku rasa... oppss~

pas 2 pas 2...Kenapa aku berblog? untuk mengisi masa lapang mungkin.. kalau dah takde kerja sangat tu, baiklah buat blog ni.. tulis something yang boleh menceriakan diri sendiri dan para pembaca. secara tak langsung, boleh memahirkan diri dalam bidang penulisan.. ecececeh,, padahal ayat dalam blog aku ni tunggang terbalik.. kui3...mula-mula memang bahasa market, lama-lama nanti penulisan tu bertukar menjadi bahasa apek jual sayur kat shopping mall.. eh, ada ka apek jual sayur dkt shopping mall???.. ada faham di situ? daripada tak formal terus menjadi formal. dulu aku memang tak reti nak menulis secara formal. ayat indah-indah bagai.. tapi sekarang ni, alhamdulillah aku dah boleh menulis dengan cara yang betul walaupun tak berapa nak betul sangat hehe.hegeh x???

Apa-apa pun tak salah sebenarnya kalau tak nak buat blog. blog ni sebagai supplement kepada aktiviti harian kita. daripada hisap dadah, jadi kutu berahak, main totomagnum, berjudi, etc, better buat blog. atleast dapat jugak ilmu sekeping dua yang berguna untuk dijadikan sebagai penyeri minda.dapat jugak beberapa tips. kan kan kan .. korang setuju x??? 


so, apa lg... jom la pakai2 memeriahkan dunia blog ni.. xda ruginya kita berblog ni.. boleh tukar2 cerita, boleh tambah kawan.. walopon followers aku x la ramai  beribu riban mcm followers maria elena, x la best mcm blog fatin liyana, x menarik mcm blog cik epal.. tp boleh la kalau nak tambah kawan kan... nak tambah ilmu.. nak isi masa lapang n yang paling penting nak hiburkan diri... hehehehe




dah habis membebel untuk entry kali ni.. teheeee.... jumpa lagi....daaaaa
wasalam..

2 comments:

nurhidayah said...

yes..cam dah boleh jer..

lindariepin said...

dah.. heee.. thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...