assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Saturday, July 09, 2011

mencintai atau dicintai..

assalamualaikum..
today was a bored day kot... bosan gila gila gila....(nsb baik xgila lagi).. entry kali ni xda kaitan dengan sesiapa pon ok.. aku just nak share apa yang aku dah baca dgn korang...ok x???

Bayangkan jika korang mencinta seseorang tetapi orang itu tidak mencintai korang, tentu menyakitkan bukan?? sedih nya.. mcm bertepuk sebelah tangan je.. Tetapi, korang mesti akan lebih kecewa jika korang mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang korang rasakan. Betol tak?? bagi aku la kan mencintai org yang menyayangi kita adalah yang terbaik... hiks...

muka boleh hepi lagi x???

Mungkin tuhan sengaja temukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan seseorang yang sehati sejiwa dengan kita. Jesteru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok jika bersama dan tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong kita dari belakang.

Ada yang ingin sangat kita dengar tetapi tidak akan pernah kita dengar daripada seseorang yang kita sukai. Tetapi jangan sampai kita menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kita masih ingin mencuba. Jangan menyerah selagi kita masih ada harapan. Jangan pernah kita berkata kita tidak mencintainya lagi walhal kita tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada meraka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk mengembalikan kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa...

Jangan melihat melalui wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah pada seseorang yang dapat membuat kita tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

Berharaplah kita bertemu seseoang yang dapat membuat kita tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila kita sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah kita dapat memimpikan si dia, pergilah ke mana sahaja kita ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan kita kerana kita hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang diinginkan.

Semoga kita memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat kita kuat, cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kita berbahagia.



Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Tetapi mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan linangan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga kita melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, kita menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu. Justeru ketika kita meninggal dunia, kita akan tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis..

ok itu saja untuk renungan bersama.... sayonara...
wasalam~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...