assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Sunday, February 12, 2012

review aku bukan mistress

assalamualaikum...salam sabtu semua..
sambil2 layan cita cerekarama tv3 sempat lagi aku nak update blog pasal novel yang aku baru ja habis baca td.. hehee..
novel terbaru terbitan Kaki Novel.. AKU BUKAN MISTRESS (xda la baru sgt kot aku rasa) novel ni dah diterbitkan pd bulan september 2011.. aku je baru beli..oppsss silap. sz je baru beli n bagi aku baca...Ini review dari aku! dah baca sinopsis belum???

Sinopsis Aku Bukan Mistress
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
 
 <3
Review Aku Bukan Mistress

Ini cerita pasal perempuan simpanan/pelacur kelas atasan/mistress atau senang cakap perempuan yang dibela/ditaja oleh orang kaya. Mya Arlissa memang bukan contoh yg terbaik untuk kita org perempuan ter.. hahahha

1. Yes, mula-mula aku baca rasa macam novel ni sama dengan novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. But not actually, mungkin subjectnya saja yang sama tapi jalan ceritanya berbeza. xpecaya??? cubalah baca...muahaha

2. Ceritanya memang agak romantik. Bukan romantik komedi. Aku rasa takda komedi pun dalam novel ni. Little bit serious. Lebih menekankan nilai kemasyarakatan kot!tp memang romantik lah cite dia....

3. Yang penting novel ni tak bosan untuk dibaca dan tak rugi untuk dibeli. Menarik dalam kelas yang tersendiri. Memang patut beli!!!

4. Penulisan yang matang, pendapat aku. Cerita antara Mya Arlissa dan Mikail ditulis dan diceritakan dengan sweet tapi tak menjengkelkan readers! 

5. Kesian pulak dengan Mya Arlissa. Hidup yang sangat pathetic! Asyik kena rogol dan jadi mangsa pemuas nafsu. Haih, tula cantik sangat! susah kalau jadi orang cantik nih...

6. Novel Aku Bukan Mistress memang aku highly recommended pada yang belum baca. My evaluation, 9.5 out of 10.

Ok, dah lama tak pakai ayat bawah ni...!
FYI, aku bukan pakar analisis novel. Bukan editor yang berpengalaman. Cuma seorang pembaca tegar yang punya citarasa dan pendapat tersendiri. =) 
okk cita cerekarama pon dah habis.. aku pon selesailah membuat review ttg novel aku bukan mistress nih...
daaa...wassalam
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...