assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Thursday, February 03, 2011

bulan dua ada hari kekasih la.. oopsss~

salam.... 
kita bertemu lagi dalam rancangan jom sembang... hahaha.. 
apa aku dok ngarut nih... 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

garang x garang x muka kakak kat atas 2?? hahaha... 


waaaa... hangat xentry aku kali ni...entry ni xada kaitan dengan sesiapa.. hanya peringatan untuk myself n semua orang la..kalau nak baca sila baca... xmau baca sila pegi... ok... faham kan..bukan apa.. aku saja nak share apa yang aku taw and apa yang aku baca dengan korang suma.. aku ada ilmu aku bagi korang n korang ada ilmu korang bagi aku.. jadi byk la ilmu kita pas ni...
ok.. stop2... lets continue... 

baca dan fahami ayat kat atas okey :))

Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari.. kan kan kan...
oooppssss.....
korang taw x apa itu valentines day??? ataupun hari kekasih???
aku ada terbaca beberapa cerita tntang valentines day ni... 
jom layan~


Apa2 pon sebagai orang Melayu dan Islam kita tidak di galakkan untuk ikut budaya yang merepek nie. bkn x digalakkan... bahkan mmg xpayah sambut la senang cita..  jom la sama2 baca cerita2 ni.. pas2 pndai2 fikir la mana baik mana buruk..


cerita 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.


cerita 2

St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.


cerita 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

ok kawan2.. dah baca cerita2 itu??? hahaha Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.


erm.. nak taw lagi ttng hari kekasih???.. korang baca jela kat baitul muslim ni.....hehehe...


kalau kita sayang islam.. kalau kita sayang agama kita.. jom pakat2 say no to hari kekasih ok..


xpayah la smbut benda alah ni... kan kan kan... sapa sokong angkat tangan!!!!
check it out... 

ok bye... nt kita jupa lagi di slot jom sembang akan datang,, weeeheee...
wasalam..

2 comments:

etykus said...

yaa. jangan duk sambut perayaan kristian nih. haram wehh :)

lindariepin said...

betoi3.. haram...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...