assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Saturday, March 12, 2011

jangan hanya takut di mulut saja...

assalamualaikum...


ok.. first skali aku nak doa supaya semua rakyat jepun yang ditimpa bencana 2 selamat...ini baru sikit bencana Allah turunkan. hanya doa yang aku mampu tolong. nk p tolong kat sana jauh kan.. xboleh. nak p jadi sukarelawan pulak mcm xlayak ja.. so, apa yng boleh aku wat.. berdoa jela dari jauh untuk kesejahteraan mereka2 di sana..




skng ni dah mcm2 bencana Allah turunkan kat kita.. macam2 musibah kan.. cuma kita ja xsedar.. kita ja leka dengan hidup di duniawi ni..takut.. suma leh cakap takut kan.. tp kita manusia ni hanya takut di mulut ja.. adakah kiamat semakin hampir??? wallahu'alam...


ok kat sini meh kita tgok tnda2 hari kiamat..kita tengok, baca n fahami. adakah semua tnda 2 dah ada ka x lagi....
-
-
-
-
-
-



Tanda2 Awal
1) bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhanGhibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

2) Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.

3) Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

4) Penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari,

5) "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - -Sahih Muslim

6) tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.

7)Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” - Ibnu Majah

8) manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” - Riwayat Nasai.

9)banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim

10) Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. - Riwayat Ahmad

11) dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

12) manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

13)  akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

14)  menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani & Sahih Muslim

15)akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” -Sahih Muslim

16)  akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - -Riwayat Ahmad

17)idak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.
-
-
-
-
-

Tanda-tanda Akhir

1)Asap. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

2)Dajjal. Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

3)Binatang melata di bumi. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

4)Terbitnya matahari sebelah barat

5)Turunnya Nabi Isa A.S. Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

6)Keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

7)Gerhana di timur

8)Gerhana di barat

9)Gerhana di jazirah Arab

10)Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka

ok... xtahu la bnda ni benar or sebaliknya..Wallahua'lam

dah baca kan?? so, apa yng kida dapat lihat bayak tnda2 kecil dah ada kan... kebanyakannya dah dan sedang berlaku kat dunia kita ni kan.. jadi, wahai rakan2 sahabat2..jangn hanya takut di mulut tp hati ttp sama xmau berubah.. moh kita kurgkn hiburan melampau dan ape2 yg Allah tak suke..sama2 lah kita nasihat menasihati antara satu sama lain untuk menuju kejalan yg diredhai Allah..yang mana xbetul kita perbetulkan ok. mudah2an sisa2 hidup kita ni akan diberkati dan diredhai olehNYA.. amin....

teheee....


selamat beramal....
wasalam....



p/s: rajin pulak aku pos entry hari nih...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...