assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Tuesday, April 26, 2011

bersanggul tinggi trend tudung masa kini.

as salam...

first skali aku nak ckp yang entry kali ni bukan untuk sesapa ok.bukan nak kutuk.bukan nak puji.bukan nak bodek2.bukan nak kipas2 ok.. aku just nak share apa yang aku baca.aku akui aku pon kadang2 ikat rambut tinggi2 nak bagi nampak mcm sanggul tinggi.ececece.... padahal rambut xpanjang mana pon. saja suka2 ikut trend..tp xda la pulak aku nak beli sanggul buatan yang jual skng ni kan..biasa la kedekut sikit.. hahahah... teheee.... salah ka sanggul tinggi2 ni?? komfius aku. ada yang ckp sanggul tinggi2 ni mcm bonggol kat badan unta 2 salah.. wallahualam..

aku ada tebaca 1 bnda ni.. korang pon baca la.. pas 2 korang tafsirkan la sendiri yang sanggul tinggi ni baik ke tak ok..

Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung mengikut fesyen dan memandang sinis wanita bertudung tetapi masih melanggar hukum agama. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.
Fesyen tudung juga berubah dari zaman ke zaman. Pelbagai jenis tudung yang menjadi ikutan para wanita seperti tudung bawal, tudung Dato K, tudung Ekin, tudung Yuna, tudung awning la.. Yang untung ialah penjual tudung.

Trend wanita sekarang yang suka memakai tudung ala Arab Syria yang nampak cantik jika dipadankan sanggul tinggi. Katanya jika rambut pendek boleh beli ‘sanggul palsu’.
Namun begitu, jangan terperanjat ada hadis berkenaan dengan sanggul tinggi ni.

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”

Hadis di atas bukan sahaja berkenaan dengan sanggul tetapi juga berkenaan dengan fesyen perempuan zaman sekarang yang bertudung tetapi memakai baju yang singkat,jarang , nipis dan sendat. Bertudung tetapi memakai t’shirt lengan pendek, berbaju pendek sehingga nampak toot.
Kalau nak bertudung, ikutlah syariat. Cantik-cantik juga, tapi hukum jangan dilupa. ^__^

dah baca??? amacam??? yang mana baik kita ikut yer kwn2.. yang mana rasa xelok 2 xpayah la ikut... heheh.. pesanan untuk diri sendiri jugak. aku ni pon kadang2 lalai, leka, alpa... ish3... apa nak jadi la kan... kita dah di akhir zaman... so, sama2 lah kita menegur antara 1 sama lain yer kwn2...hehehe....

renung2kan dan selamat beramal...
dipetik dari incik google ^_^

dah selesai! c u thennnn....
daaaaa..
wasalam....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...