assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Thursday, October 13, 2011

pengalaman misi gigi memakai gigi besi

assalamualaikum!!!

hai.. ape kabar orang2 kampung.. ecece.. mentang2 da ada kat kampung... haha... apa kabar jugak orang bandar?? harap sihat2 hendaknya... seperti yang semua orang sedia maklum, aku dah habis FINAL.. tinggal nak amik (lembaga jururawat malaysia (LJM) je lagi.. pas 2 dah boleh keje... tapi kan tapi kan... aku sedih sbb exm trial LJM aku xdapat jawab... sob sob sob.. harap2 lulus la... takut laaa walaupun itu hanya trial... ehemmm... kalau aku dok sorang2 then aku pikir sal exam lepas mst aku akan sedih.. sdh sbb aku xdapat jawab.. kalau aku fail mcm sia2 ja aku blaja slama ni kan... eheemmm....

actually, aku dah sampai kat kg.. huureeyy... lama dah xbalik... tp tbe2 sampai je sini trus aku teringat org sana...teringat org Pahang yang dok kat Kuala Lumpur sana.. xdapat nak jmpe pon sblm aku balik penang... sedihkan... :( eh, td kan aku g wat follow up untuk my gigi besi... mcm biasa la... tep2 bulan aku akan g sana untuk follow up.. pas 2 leh pilih2 warna apa nak letak kat gigi...td aku rasa cam aku pilih warna merah.. tp tbe2 bila aku tgk cermin mcm bukan warna merah je.. mcm warna pink pon ada...kalau ikutkan dah 3x aku pakai warna pink.. minah pink betulla... hermm... 

masa mula2 aku pakai menatang ni(braces), ramai yang dok tnya.. semua soalan depa lebih kurang sama ja..' sakit x pakai braces?'.'kena cabut gigi x?'...' mahal x pakai braces?'. semua akan tnya soalan tu dulu masa first jumpa aku.. hahaha... Orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist.macam aku kecik2 dulu la.Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu tak nak jejak klinik gigi. sbb tu la gigi aku jadi xsama.. takut nak jumpa doctor gigi punya pasal.. dah besar baru sedar yang semua 2 penting....


ahhh, apa yang aku merepek repek kat atas tu??? abaikan semua tu yek... skng ni aku nak share pengalaman aku bila aku dah masuk dalam golongan2 gadis bergigi besi. ;) aku nak cerita apa yang aku lalui jela sepanjang aku pakai braces ni..kiranya cincai2 la aku cita eh,.. kalau hmpa nak yang detail n scientific leh cari kat google... mungkin pengalaman aku lain dari orang lain... just nak share jela...Pengalaman tak boleh dijual beli korang taw tak. 


gambar 1


gambar 2

gambar 1: menunjukkan seorang gadis sekolah2 yang mempunyai dua gigi arnab di bahagian atas.. juga memiliki 2 gigi taring yang sangat menakutkan.. mcm drakula... malahan ditambah pula giginya tidak tersusun... tersangat la comot...

gambar 2: seorang gadis dah dewasa sikit yang sama cuma sekarang giginya dah mula nampak perbezaan walaupun baru memakai braces 7 bulan. sekarang gadis ini lebih yakin untuk tersenyum girang... hahahaha. tiba2 terasa seronok memakai braces!!!!

ok.. skng ni aku nak jawab soalan2 yang aku kena jawab mula2 dulu...

SAKIT TAK BILA PAKAI BRACES NI???
sakit la oiiii....kalau aku kata tak sakit. nampak sangat penipu. nampak sangat aku nak bagi duit dekat doktor2 gigi sebab aku mempromote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la sakit dia..hari  mula2 aku pakai braces ni aku menyesal kot.. kenapa la sakit sampai mcm tu.. makan bubur je...tp lame2 sakit dia hilang dan korang dah boleh senyum..Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, aku ada ada 4 jenis kesakitan yang akan mengacau hidup korang..

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham kita yang kuat tu supaya gigi kita jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic ketatkan braces kat gigi. Kiranya rasa sakit tu sekali tu jela. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa.nak makan bubur yang lembut pun kena telan terus.. bayangkan la sendiri tahap kesakitan tu ye.. dia sakit dalam masa 2-3 hari je.. :) 

2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer akan mula menumbuhi mucous membrane,bibir & lidah. Aku pernah ada ulcer ni dalam mulut time mula2 dulu..xcilap aku 3 ketul ulcer ada dalam mulut aku dalam satu masa. dia sakit jugak la tp aku letak ubat ape ntah kat ulcer tu. jadi kejap jela ulcer tu ada lam mulut aku...sakit ulcer dalam mulut ni hilang bila ulcer pon hilang... 

3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - sakit ni bila kita p follow up untuk ketatkan wire.(sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu bikin. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. hahaha.. rasa mcm nak tampar je semua manusia time tu..

4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - bab cabut gigi ni mesti ramai yang xsuka dengar kan.. cabut gigi yang sihat mmg la sakit tp kan kena la tabah untuk kecantikan yang abadi.. ceewah... Aku dulu kena cabut 4 batang gigi. 2 gigi atas 2 gigi bawah. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. untuk bg rasa kebas. so, time dia cabut xda la sakit.. bayangkan korang tengah berjumpa kekasih hati time tu.. kompom xsakit punya lah.. :))


PAKAI BRACES NI MAHAL X??
aku xtaw sgt la bape harga pasaran skng ni. tp yang aku buat ni lebih kurang RM3.5K.bayar ansur-ansur. n setiap bulan aku akan pegi follow up.. time follow up 2 aku akan bayar around rm200....
Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc. memamg kena tutup sebelah mata jela time nak kasi duit tu.. huhu tp kalau nak murah aku syorkan buat kat government. but w aiting list 2-3 tahun la.. boleh ke nak tunggu sebab dorang focus more on budak sekolah.. untung sape jadi budak sekolah...


SEGAN TAK PAKAI BRACES NI??
Bangga. Asal nak segan? tp kan.. mula2 segan jugak.. nak cakap mcm xselesa. nak makan pon xselesa. nak gelak kena cover2..Tapi bila gigi dah mula teratur,terasa mcm dunia ni aku yang punya.. hahahaha. Memang la aku nak senyum sampai telinga. n paling penting, bila kita pakai braces ni orang akan pndang kita mcm kita ni makluk yang sesat kat bumi ni..haa.. tp wat xtahu je.. diorang jeles senenarnya sbb org pakai braces ni lain dari lain.. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. bukan semua org dapat pakai braces ni.. hanya yang terpiih je boleh pakai.. macam aku.. hahaha... unik kan.. >_<

bagi aku pakai braces ni xda la teruk pon nak menjaga.. mula2 mmg la sakit tp lame2 mcm xnak buang pulak.. sayanag.. nak biar je dia kat gigi aku ni... sekarang pon aku xrasa sakit pon pakai braces and aku dah boleh mkn semua benda.. baru 7 bulan aku pakai.. aku dah rasa perubahan gigi aku ni.. tadaaa... harap pengalaman aku dapat membantu...

lg satu, kalau nak kuar g mana2 tu bawa la mineral water.. mana la taw kot2 makanan telekat celah besi..boleh jugak minum2 air.. ngeh3.. :D

see... da boleh tersenyum girang...

eh, mesti korang tertanya tanya kan.. napa tajuk entry aku ada pekataan misi gigi..meh aku nak cita sikit..aku pakai braces ni sampaikan ada seorang pesakit kat tanjung rambutan panggil aku MISI GIGI... hahaha.. mungkin pesakit tu xpenah tgk org lain pakai macam aku pakai kot.. sepanjang aku posting kat situ dia panggil aku MISI GIGI.sampai aku naik takut pon ada.. hahah.. at least org boleh ingat aku sbb aku berbeza dgn org lain.. so, kpd sesiapa yang simpan hasrat nak pakai braces tu.. tlg teruskan niat suci anda...teheeee.. xsakit pon.. :) misi gigi dah cuba!!!!!

da habisa dah.. 2 je nak citer...


thanks sebab sudi membaca....
wassalam.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...