assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Friday, October 14, 2011

seksi vs solehah.. mana satu yang lelaki pilih?

assalamualaikum...
cerita ni aku copy paste dari fb... jom la layan...habis cite ni baru aku bagi pendapat aku...


tajuk die--->MENYESAL KAHWIN..............

__________________________________________________

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.

Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.

Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la

pentingnya cari isteri yang solehah!


“Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..


Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..


Lagi abang sayang ade la..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..


Ke memang nak abang jadi gemuk ni?


Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..



Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!




_____________________________________________

cerita tamat....

now aku nak tnya korang la kan... pompuan seksi vs pompuan solehah.. mana 1 pilihan lelaki??


dulu, masa kat skolah, aku pernah gak tanya beberapa soalan yang lebih kurang sama,, aku tnya member2 laki aku dan ternyata jawapan yang aku dapat boleh tahan jugak..n kadang2 tu aku pikir xadil gak orang lelaki ni.nak main2 nak berawek awek cari yang seksi,yang cantik, yang putih gebu, yang dahi licin.. tp nak cari isteri nak yang solehah, pandai masak, sopan, hormat orang tua..xadil betul... huhuhu ini pendapat aku la..

"Lelaki mana wey yang tak suka tengok pompuan cantik dan seksi? cuba ko bagitau aku??. But, aku suka tengok cam tu je. kalau nak ajak kawen? upsss. Nanti dulu. kena pilih-pilih gak. nak kena tengok agama, keturunan, kekayaan..bla..bla.."

"Aku suka tengok pompuan yang pakai mini skirt. paha putih gebu. Peh! tapi kalau nak dijadikan isteri. tak mungkin. aku tak nak isteri aku pegi tayang kat khalayak ramai kecantikan dan keseksian dia tu. itu semua hanya untuk aku sorang je"

"Pompuan seksi memang mengujakan mata lelaki. tetapi kalau nak pilih calon isteri, aku lebih suka pompuan yang memiliki peribadi seorang muslimah sejati. "

kalau kita tgk jawapan2 si lelaki.. lebih kurang sama ja.. tp ada jugak la yang mmg suka tgk pompuan pakai seksi2 and nak amik pompuan tu jadi isteri.. tu hak masing2..tp kalau kita baca dan nilai jawapan2 kat atas ni, nampak sangat yang orang lelaki ni tak hanya menilai seorang perempuan dari penampilan luarannya saja. Perempuan tu boleh je cantik, boleh je seksi,tapi kalau perilaku tak cantik??? fikir-fikirkanlah.. erm...

Bagi kebanyakan lelaki, wanita yang mau menutupi auratnya lebih terhormat daripada mereka yang suka mempamerkan keseksiannya di khalayak ramai. betul ke?? tp kan.. kalau kita tgk la  senario hari ni.. aku rasa ramai lelaki akan cakap perempuan tutup aurat xsemestinya baik.ye. memang aku akui. ada jugak pompuan yang pakai tudung litup, sopan je tp merokok, g clubbing.. siang jadi malaikat malam jadi hantu.. disebabkan nila setitik rosak susu 1 kawah..tp same je kot, lelaki yang bersongkok pon xsemestinya baik jugak kan.. iman boleh goyang jugak kalau tgk pompuan seksi...betul x?? bek mengaku cepat.. hahaha

Abes tu, lelaki nak pompuan yang cam mana untuk akhirnya dinikahi? Wanita solehah yang memiliki sikap hati alim dan mulia.mereka boleh tahan ke dengan sikap wanita yang suka membebelsuh buat itu ini. si kaum lelaki sanggup ke nak dengar hari2 leteran wanita bila dah kawin nanti??adakah wanita solehah yang bisa menarik perhatian lelaki untuk dijadikan pasangan sehidup-semati.nak pompuan mcm ni ke??? 


for me, bermula dari individu itu sendiri,kalau nak wanita solehah,didik diri jadi soleh dulu dan sebaliknya :) sebab Allah dah berjanji yang wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik...wallahualam...so, sama2 la kita berubah kalau nak pasangan yang baik menjadi teman sehidup semati.. teheeee...

entry kali ni dah lama pon aku simpan dlm draft.. asyik2 xleh nak publish ja sbb malas nak menaip.. so, hari ni aku bosan dah xtahu nak wat apa aku pon pulun la taip habis2an.. aku just bagi pendapat aku and aku tnya jugak la kawan2 aku.. kadang2 kami pon gosip pasal topic yang sama..--> seksi vs solehah.. mana satu yang lelaki pilih?

ok la.. selamat berhari jumaat dan selamat berhujung minggu....terima kasih sudi membaca entry panjang ni..


yang baik dari Allah.. yang buruk dari aku.. daaaa
wassalam....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...