assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Tuesday, May 31, 2011

korang korang korang..nak rambut cantik dan sihat dak??

as salam... hai semua...

kali ni aku nak share tips kecantikan... ececece... aku ada baca Dara.com. pas 2 ada la beberapa petua tentang rambut. . cantik dan sihat dgn ciptaan Allah..semua lapisan masyarakat boleh baca n praktikkan benda ni ye...


petua 1: mengelakkan rambut gugur
- dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang 1 jam dan di cuci bersih. buat beberapa kali dalam seminggu dan pasti akan dapat hasilnya.

- campurkan air asam jawa dgn santan ke dalam sebuah bekas. masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga2 yang wangi. basuh rambut dgn menggunakan campuran tersebut. Rambut akan harum tanpa disyempooo.... waaa.... jimat duit nak beli produk mahal2..

petua 2: masalah rambut kering
- rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka2 yang ada masalah ini. caranya,panaskan minyak(minyak sayuran) kemudian lumurkan kat rambut guna jari. pas 2 tutup kepala guna tuala yang diwapkan. biar 20 minit dan bersihkan... senang jer..

petua 3: rambut berminyak
- campurkan syampu bersama kining telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah seperti biasa. buat 2x dalam seminggu.InsyaAllah akan berhasil..

petua 4: menghitamkan rambut
- bakar isi kelapa tua kemudian diparut dan dapatkan patinya. lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bilas.

petua 5: rambut berbuah
- ramas daun pinang. kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. sapukan pada rambut. biar selama 30 minit dan bilas dgn air bersih. lakukan 2x seminggu.


petua 6: meluruskan rambut
- ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. sapukan sehari sekali. lepas 2 cuci rambut dengan air sejuk.. amalkan selama seminggu.

petua 7: rambut cepat panjang
- ambil beberapa batang serai kemudian ketuk serai tu agar batangnya pecah sikit dan rebus selama beberapa minit hingga naik aroma.lepas 2 biar ia sejuk. ambil air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala, selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut, ia juga dapat menguatkan akar rambut serta mampu menyejukkan kulit kepala.

petua 8: rambut mudah beruban
- bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. kemudian dilumur pada kepala sebelum mandi. biarkan selama setengah jam. basuh rambut sehingga bersih.

petua 9: melebatkan rambut
- lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. kemudian, bungkus kepala guna tuala kering. biarkan semalaman. keesokkannya, bilas rambut hingga bersih. untuk hasilnya, amalkan petua ini 2x seminggu.

petua 10: rambut bercabang
- ambil daun bunga raya yang bersih ramas hingga keluar lendir. ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. perap dengn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut hingga kering. amalkan 2x seminggu.


tgk..senang kan... semua cara2 tradisional ni.... balik kampung cari la bahan2 ni semua. dah boleh buat.. xpayah nak p salon yang akan habiskan 2 3 ratus sebulan...

entry ni bukan untuk yang free hair saja taw... petua2 ni untuk semua. yang pakai tudung pon boleh baca, yela, kita jaga luaran saja. tp disebalik tudung pon kita kena jaga...kan kan kan... kaum adam pon boleh jugak try petua ni... senang jer...selamat mencuba...

okk.. bubuiii... lots of huggsss... love!!!
wasalam....

3 comments:

nelly said...

lapar dah nelly ```

ArxarNadhirah said...

nice one dear. aza pun selalu ade masalah ngan rambut ni tau. thanks :)

lindariepin said...

aza: heeee.... welcome

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget