assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Tuesday, August 23, 2011

10 malam terakhir di bulan ramadhan...

assalamualaikum...

hari ni dah 23 hari kita berpuasa.... alhamdulilllah... xda lg nak skip2 puasa.. nak ponteng2 puasa.. nak terbuka puasa di tengah hari... hehhee.. alhamdulillah...

kejap je kan dah 23 hari...lagi beberapa hari syaitan pon akan terlepas... dah xdiikat lagi..maknanya lagi beberapa hari lagi dah nak raya... suka??? erm.. no comment la....

mcm biasa la kan.. kalau awal2 puasa 2 surau masjid mesti penuh dengan org nak sembahyang tarawikh... tp bila mai 10 malam terakhir ja masjid surau semua sunyi ja.. xsemeriah malam2 sebelumnya..xsemeriahpon  mcm malam2 awal bulan ramadhan.. kenapa eh?? biasa la time ni mak semah, mak bedah, pak leman.. cik tipah semua dok uruskan persiapan rumah.suma pakat dok pasang langsir baru, buat kuih raya, dll.. hahaha.. time2 10 malam terakhirni la baru byk SALE org cakap... hohoho.. so, mesti semua pakat berpusu pusu cari sale nak raya kan... erm....*aku pon sama kot...

tp kan tapi kan.... 10 malam terakhir bulan ramadhan ni la kita kena tingkatkan amal ibadah, tingkatkan amalam mencari keredhaanNYA..10 malam terakhir ni jugak la kita xleh nak ponteng2 solat, ponteng2 puasa...aku ckp mcm ni xbermakna malam2 lain, hari2 lain kita boleh ponteng solat ye kwn2...haha... aku just nak cakap yang 10 malam terakhir bulan ramadhan ni la sgt penting..ada malam dimana kalau kita bernasib baik kita akan bertemu dgn malam LAilatul Qadar... aku xpenah lagi jumpa dgn malam lailatulqadar ni... :(

dulu masa kecik2 masa hingus dok meleleh... masa sekolah rendah p skolah pakai tudung comei tp mai time rehat tudung kemana apa kemana...kah kah kah.. masa time 2 ustaz cakap sapa yang boleh rasa bila malam lailatul qadar  2 akan muncul dia 2 bertuah.. so, bila bulan posa ja... 10 malam terakhir aku slalu ja dok tunggu malam lailatulqadar 2 kat luaq umah... (sgt lah xcerdik time 2...)nak sgt jadi orang bertuah tunggu malam lailatulqadar kat luaq umah..bila ingt2 balik aku rasa diri ni sgt la bodoh time 2...mana la nak nampak kalau kita dok tunggu kat luaq umah kan... ish3... 

nak taw lagi tentang malam ni...ni aku ada baca 1 artikel tentang malam lailatul qadar..baca la sekali...tambahkan ilmu...



malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.


sumber : i luv islam


dah baca?? faham x.... huhuh.. kalau xpaham nt p skolah tnya la ustaz... huhu.. aku pon xberapa pndai sgt nak cakap benda2 mcm ni.. takut salah.. aku just boleh share apa yang aku taw... huhu.. aku pon manusia biasa yang slalu gak wat dosa... slalu gak xikut perintah Allah. so, jom la sama2 kita berubah... mana yang baik 2 ikit la yang xbaik xpayah la ikut...yang buruk datang dari aku yang baik semuanya datang dari ALLAH S.W.T... wallahualam...

entry kali ni berbaur keinsafan sikit eh.... iklas dari ustazah noraslinda ariffin.. teheeee....

boleh ke tak kalau aku nak jadi mcm ni??


p/s: aku bosan.. assignment bertambah.. xsuka.... erm, tb2 terfikir nak makan apaa time berbuka jap g... hohoho....

ok lah... dah xnak membebel panjang2... daaaa.. tingkatka amalan untk hidup yang lebih bermaknaa... ececece...

selamat berpuasa! jom pakat2 cari malam lailatul qadar setakat mana yang kita mampu...

daaaaa.. wassalam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...