assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Tuesday, October 04, 2011

Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak?


assalamualaikum....
just berkongsi...

Didalam al-Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik sahaja adakah ia bermaksud baik dengan tingkah laku yang boleh dinampak sahaja? Contohnya bila berhadapan dengan seseorang yang kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura-pura). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yang meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yang sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dengan perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yang sifat dan sikap tidak serasi.


Rupa paras, pangkat dan harta adalah ciri-ciri fizikal yang apabila kita sudah lali dengannya maka ia tidaklah lagi sesuatu yang dapat dirasai lagi. Umpama pertama kali anda memandu kereta baru, terasa canggihnya berbanding kereta lama, lama kelamaan sudah menjadi benda yang biasa. Begitu juga apabila mencari pasangan, kegembiraan yang dirasai diawal perkahwinan (memilih rupa dan harta) lama kelamaan akan luntur dan yang sifat-sifat yang buruk makin lama akan menyerlah. Sebab itu tahun awal-awal perkahwinan dikatakan zaman toleransi, cuba bertolak ansur dan cuba saling memahami. Akan tetapi dizaman yang penuh keegoaan yang mana banyak ilmu rumah tangga dipelajari dari media TV dan filem, lancangnya mulut menjatuhkan talak atau menuntut cerai bukanlah perkara yang asing lagi.

women

Perceraian adalah sesuatu yg dibenci oleh Nabi, kerana apa? Kerana anak-anak yang akan menjadi mangsa. Anak-anak yang membesar dengan keadaan terbiar dan kurang perhatian tidak akan membesar menjadi insan yang hebat, mungkin tidak semua akan tetapi majoritinya golongan anak beribu bapa tunggal inilah yang akan selalu mempunyai jiwa dan kehidupan yg tidak bahagia apabila dewasa. Jadi disebabkan pentingkan diri sendiri dan ego baik lelaki dan wanita, anak-anak yang menjadi mangsa. 

Anak-anak ini yang menjadi generasi masa depan dan mereka juga akan cenderung kearah yang sama, kahwin dan cerai. Makin lama rosaklah generasi manusia itu sendiri.

Didalam hadis Nabi berpesan, pilihlah pasangan dari segi rupa, pangkat, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi (Sahih Bukhari). Rupa, pangkat dan harta adalah cirri-ciri fizikal duniawi yang boleh dilihat dan dinikmati akan tetapi keimanan adalah sesuatu yg terlindung. Kita boleh nampak si dia itu kelihatan baik tetapi bagaimana pula dengan isi hatinya? Tanamkan niat memilih agama sebagai pilihan utama dan berbahagialah dunia dan akhirat.

Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? Sebelum menyenaraikan ciri-ciri pasangan yang ingin dimiliki, senaraikan juga sifat-sifat diri sendiri, berusaha mengubahnya agar menyamai ciri-ciri pasangan yang diinginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia. Jika perkahwinan sekarang sedang goyah, ingat kembali atas dasar apa perkahwinan dahulu? Kita boleh berbohong dengan manusia lain dan berlakon berlagak baik lain tetapi tidak pada diri sendiri. Adakah insan yang kita cintai dahulu sudah berubah atau rupa, pangkat dan harta yang anda pilih dahulu sudah menjadi biasa lantas keburukan yang menyerlah?



Kita akan tertarik dengan insan yang mempunyai frekuensi gelombang yang sama dengan diri kita sendiri. Minda sedar mungkin berkata yang saya inginkan pasangan yang baik, jujur, berakhlak mulia dan sebagainya tetapi besar kemungkinan minda separuh sedar kita inginkan rupa, harta dan pangkat. Ini ditanam secara halusnya kedalam minda separuh sedar ketika manusia berada di dalam keadaan ter”pukau” (hypnogogic trance) semasa menonton TV dan filem. Seseorang itu boleh berkata “aku tidak memilih rupa dan harta” akan tetapi minda separuh sedar besar kemungkinan tidak. Jika minda separuh sedar berpuluh-puluh ribu kali lebih hebat dari minda sedar, adakah pasti pilihan kita itu dari minda sedar yang inginkan agama berbanding rupa dan harta? Ada pasangan artis yang terkenal apabila ditanya wartawan, adakah rupa dan harta menjadi penentu, selalunya dinafikan, akan tetapi jika kedua-dua mereka tidak berada didalam frekuensi gelombang yang sama, mereka tidak akan bersama. Yang sedihnya pasangan yang menjadi ramai peminat itu bercerai akhirnya, satu contoh yang tidah baik untuk peminat-peminat semua.

Semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yang kita miliki?
Rupa paras, pangkat dan harta belum tentu menjamin kebahagiaan, hanya keimanan dan amal perbuatan yang baik sahaja yang akan berkekalan. Umpama dosa dan pahala yang tidak boleh dilihat, gelombang tenaga baik atau buruk yang dimiliki itu tidak boleh ditutupi dengan kepura-puraan. Inilah janji Allah bahawa lelaki yang baik itu hanya untuk wanita yg baik sahaja (dan sebaliknya), akan tetapi bukan baik dari satu sudut sahaja tetapi baik secara keseluruhan, dari gelombang tenaga yg dimiliki.Ikutlah pesanan Nabi agar memilih agama agar anda menjadi golongan yang beruntung, tetapi ini tidak bermakna pasanganku mesti insan yang solat lima kali sehari tetapi aku tidak.


sumber : sini

wasalam,....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...