assalamualaikum,welcome to my blog.be a good stalker..jgn lupa leave your comment.hugs!!!

Tuesday, November 08, 2011

Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang

assalamualaikum...
hai.. selamat hari raya qurban... xterlambat lagi kan... eheee.. aku cuti sehari ja untuk raya kali ni... n aku gagahkan diri balik jugak ke kg even ct 1 hari ja.. gagah x aku??? aku baru je balik smalam dari kulim.. gila jem pandan.. dari 4 jam 30 minit je perjalanan jadi sampai 6 jam 30 minit... sabar jela...
ok.. dah2 xmau merapu panjang.... entry kali ni just a short entry sebab aku nak kena g posting lak jap g.. minggu ni afternoon shift..go go chaiyok! 
hari ni, 8 Nov 2011.. bermakna dah 1 tahun 9 bulan aku dgn dia... doakan hubungan kami direstui dan diberkati Allah ye kawan kawan.. thanks!!! pejam celik pejam celik mcm2 dah aku lalui ngn dia..hepi2...gaduh2.. opsss~ gaduh-gaduh biase la 2 kan.. herm. sape xpenah gaduh kan... ada 1 kali 2 aku ngn dia gaduh sampai skrg aku xleh lupe... herm... dah2.. xnak la feeling2.. kihkihkih.... sambung sambung baca apa yang aku nak cakap kat bawah ni..

tadaaaaaaaaa~

*khas buat bakal imam ku


Photobucket

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
Aku berharap

Jika nanti Allah pertemukan kita
kau akan selalu membimbingku
agar aku menjadi wanita yang solehah
yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan di akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita
di dunia dan di akhirat
iaitu anak yang soleh dan solehah
yang dapat menjunjung tinggi agama Allah

Photobucket

Andai engkau ditakdirkan untukku
ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumahtangga kita
kau boleh mencintaiku apa adanya
dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh bijaksana

Dan andai aku salah
tegurlah aku dengan kata-katamu
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku lupa
ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
agar nanti kau tetap menjadi suri teladan buat ku dan anak kita

kerana...

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya.
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu....
amin.. amin.. amin.. ya rabbal a'lamin...

daaaaa...aku nk sambung wat bnda lain.....
wassalam...




p/s: eh, smalam aku dah tgk cite alamak toyol... heheh... 
lawak yg bangang.. sape2 nak gelak dalam panggung g la tgk...  <3 sz!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...